Teks Pengakuan dalam Bahasa Malaysia Pengakuan_Iman_Rasuli

Gereja Katolik Rom

Misa Gereja Katolik Rom di Malaysia menggunakan teks ini:

Aku percaya kepada Tuhan [6], Bapa yang mahakuasa,pencipta langit dan bumi.Dan kepada Yesus Kristus, PuteraNya yang tunggal, Tuhan [7] kita.Yang dikandung dari Roh Kudus,dilahirkan oleh Perawan Maria;Yang menderita sengsara dalam pemerintahan Pontius Pilatus,disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian,pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati;Yang naik ke syurga,duduk di sebelah kanan Tuhan [6] Bapa Yang mahakuasa,dari situ Ia akan datang mengadili orang hidup dan mati.Aku percaya kepada Roh Kudus,Gereja Katolik [8]. yang kudus,Persekutuan para kudus,pengampunan dosa,kebangkitan badan,kehidupan kekal. Amin.

Gereja Protestan

Tiada satu teks piawai yang digunakan oleh Gereja-gereja Protestan di Malaysia.

Terjemahan awal

Versi ini digunakan secara meluas oleh gereja-gereja di Malaysia pada lewat kurun ke 19 sehingga awal tahun 70'an. Beberapa gereja Protestan masih menggunakan teks ini di dalam kebaktian dan ibadat mereka:

Saya percayakan pada Tuhan [6] Bapa Yang Maha EsaPencipta Agung syurga dan alam semesta,Dan Yesus Al-Masih, sebagai PuteraNya, Baginda kami,Dikurniakan oleh kuasaan Roh Kudus,Dihamilkan oleh Mariam Yang Dara,Terseksa di bawah perintah Pontius Pilate,Di-Salibkan, mati maut dan dikebumikan,Baginda naik takhta ke syurga,Dan menduduki tempat yang unggul di-sebelah kanan Tuhan [6] Bapa Yang Maha Esa,Dari situ, Baginda akan kembali untuk menghakimi umat manusia yang hidup mahupun yang telah mati;Saya percayakan Roh Kudus (sebagai Tuhan),Di dalam satu Ummah yang suci dan sedunia [8],Di dalam silaturahim masyarakat suci yang erat,Di dalam pengampunan dosa,Di dalam kebangkitan badan jasmani,Dan akhirnya di dalam kehidupan yang kekal abadi (iaitu untuk selama-lamanya), Amin.

Terjemahan moden

Versi ini merupakan terjemahan yang lebih moden dan lebih lazim digunakan pada masa ini:

Aku percaya kepada Tuhan [6],Bapa Yang Maha Kuasa,Pencipa langit dan bumi;Dan kepada Yesus Kristus,Anak-Nya yang tunggal, Tuhan [7] kita,Yang dikandung daripada Roh Kudus,Dilahirkan oleh anak dara Maria;Yang menderita sengsara di bawah pemerintah Pontius Pilatus,Disalibkan, mati dan dikuburkan;Pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati,Naik ke syurga,Duduk di sebelah kanan Tuhan [6] Bapa Yang Maha Kuasa;Dan dari sana Dia akan datang,Untuk mengadili orang hidup dan mati.Aku percaya kepada Roh Kudus,Gereja yang kudus dan am [8],Persaudaraan orang kudus,Kebangkitan tubuh,Dan kehidupan kekal. Amin